Monday, December 26, 2011

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Doa Akhir Tahun Hijrah ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Berikut adalah Doa Akhir Tahun dan maksudnya;


Doa Awal Tahun Hijrah ini patut dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram.
Berikut adalah Doa Awal Tahun dan maksudnya;




Muhasabah Tahun Baru Hijrah 1433

 By : pendita
 
Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah memasuki Tahun Baru 1433 Hijriah. Tahun hijrah merupakan tarikh yang amat penting kerana ia telah memahat sejarah agung perjuangan Rasulullah s.a.w di peringkat awal Islam.
Hijrah juga menjadi lambang perubahan dan memberi makna yang cukup besar kepada pembangunan tamadun umat Islam. Maal Hijrah yang saban tahun kita sambut dan raikan sebenarnya perlu difahami dan dihayati agar kita dapat memenuhi tuntutannya dan beriktibar daripadanya.
Hijrah dari sudut bahasa bermaksud meninggalkan atau berganjak menjauhi sesuatu. Sesuai dengan maksud kalimah ini, hijrah sebenarnya menuntut kita bergerak meninggalkan suatu daerah atau keadaan yang buruk untuk beralih ke suatu keadaan yang lebih baik.
Inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Abdullah bin Amru, Sabda Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya orang yang benar-benar berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T”.
Semua ini perlu digerakkan dan dipandu dengan penuh sedar dan keinsafan. Oleh itu, untuk menghayati tuntutan dan iktibar dari peristiwa hijrah, kita perlu merenung jauh ke dalam diri sendiri dengan bermuhasabah.


Muhasabah diri adalah suatu usaha murni yang dapat mengembalikan manusia ke landasan kehambaan. Apatah lagi dengan kehadiran tahun baru hijrah ini, kita merasakan banyak perkara yang perlu dilakukan, dimulakan dan dijayakan.
Muhasabah amat perlu dibuat bagi menjamin sesuatu yang baik yang diimpikan menjadi kenyataan. Justeru, Perlu difahami bahawa muhasabah diri yang perlu kita lakukan terbahagi kepada dua bentuk;
  1. Muhasabah sebelum bertindak.
    Ia dilakukan sebaik saja timbul niat dan keinginan untuk berbuat sesuatu. Muhasabah ini akan membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak samada untuk meneruskan niat bertindak atau membatalkannya. Maka apa juga yang kita rancang untuk tahun baru ini pastikan kita mulakan dengan muhasabah sebelum kita memulakannya.
    Beruntunglah mereka yang sentiasa membudayakan muhasabah sebegini di dalam hidupnya. Imam Hasan alBasri Rahimahullah pernah berkata:
    Semoga Allah merahmati seorang hamba yang mampu berhenti berfikir sebelum melaksanakan kehendaknya, jika kehendaknya itu kerana Allah dia akan melaksanakannya dan jika kerana selain Allah dia menghentikan niatnya
    Ternyata orang-orang yang dikurniakan dengan ingatan untuk bermuhasabah sebelum bertindak ini adalah orang-orang yang mendapat kasih dan rahmat Allah SWT di dalam hidupnya.
  2. Muhasabah setelah bertindak.
    Ia berbentuk kajiselidik dan analisa terhadap apa yang telah kita lakukan. Ia meliputi muhasabah tentang ketaatan yang kita engkari, tentang larangan yang kita cerobohi, juga tentang kesempurnaan dan kekurangan, keuntungan dan kerugian hasil dari tindakan yang telah kita lakukan khususnya sepanjang setahun lalu.
    Semua ini akan membentuk kekesalan dan keinsafan lalu menerbitkan azam untuk bertindak lebih baik di masa-masa hadapan.
Kedua-dua bentuk muhasabah ini adalah amalan yang perlu dilakukan oleh setiap muslim di dalam kehidupan mereka. Sempena dengan kehadiran tahun baru Hijrah, amalan ini wajar kita laksanakan dengan sempurna.
Jika selama ini kita belum pernah melakukannya, maka mulakanlah dari sekarang. Sebagai pendorong kita untuk sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah, renungkanlah firman Allah SWT dalam surah Ali -Imran ayat 30 yang bermaksud:
“(Ingatlah) pada hari itu (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mengetahui segala apa yang telah dikerjakannya (sama ada) berupa kebaikan yang dihadapkan ke hadapannya dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Pada ketika itu) tiap-tiap orang (yang bersalah) inginkan kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amal kejahatannya itu. Allah memperingatkan kamu kepada diri-Nya (kemurkaan-Nya). (Ingatlah juga) Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya”.
Untuk memperjelaskan bagaimana proses muhasabah hijrah ini dilaksanakan, berikut dibentangkan kaedah muhasabah yang disusun secara berperingkat sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu alQayyim Rahimahullah:
  1. Mulakan muhasabah diri dengan mengenang semua kefarduan yang wajib ke atas kita untuk menyempurnakannya.
    Jika ada yang masih diabaikan berazamlah untuk menyempurnakannya.
  2. Muhasabah diri terhadap maksiat, kemungkaran dan tegahan syariat yang kita lakukan.
    Jika ternyata kita masih terlibat dengan semua ini, bertaubat untuk beristighfarlah dan kembali kepada ketaatan.
  3. Muhasabah diri terhadap kelalaian dan kealpaan.
    Kembalilah kepada Allah dengan usaha-usaha mengigati-Nya dengan solat berjemaah, mendengar tazkirah, berzikir dan membaca al-Quran.
  4. Muhasbah pada seluruh anggota tubuh kurniaan Allah; lidah, kaki, tangan, mata, telinga dan anggota lain.
    Apakah semua nikmat ini masih kita gunakan untuk membina kepuasan nafsu dan dosa kemaksiatan? Adakah telah kita gunakan untuk memburu keredhaan Allah?
    Jika masih jauh daripada watak kehambaan, marilah kita kembali ke pangkal jalan, memujuk diri untuk mempersembahkan ketaatan dan kesyukuran, selagi hayat dikandung badan.


Ingatlah bahawa tahun demi tahun yang berlalu pergi adalah realiti usia kita kian menuju ke penghunjungnya, yang setiap detik dimamah peredaran masa. Tahun baru yang hadir ini belum menjanjikan apa-apa sekiranya kita masih hidup bergelumang dengan dosa. Hidup tanpa redha Allah di dunia ini hanya akan mengundang mala petaka dan kesengsaraan yang kekal abadi di neraka.
Lantaran itu, muhasabahlah diri kita, bertaubatlah dari segala dosa, aturkanlah langkah-langkah kehambaan penuh kesetiaan pada Yang Maha Esa, agar kita beroleh keberkatan di dalam kehidupan di dunia ini sebelum mendapat keredhaan Allah yang abadi di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan pimpinan taufiq kepada hamba-hamba-Nya yang sudi menyelusuri jalan-jalan ketaqwaan dan kehambaan padaNya. Firman Allah SWT dalam surah AlAnkabut ayat 69 yang bermaksud:
Orang yang berusah dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah, bersama orang yang berusaha membaiki amalannya”.
Usaha-usaha membangunkan kejayaan samada di dunia apatah lagi di akhirat perlu dimulakan dengan muhasabah. Dengan bermuhasabah, kita akan mengenali diri kita, kekuatan dan kelemahan, prestasi dan kekurangan, keperluan dan kelebihan yang sedia ada di dalam diri. Muhasabah akan membuatkan kita bertambah bersedia untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang menjadi penghalang kejayaan.

Di samping itu kita perlu membuka ruang-ruang dan mengatur langkah-langkah yang boleh membantu kita untuk kuat bermujahadah. Antaranya ialah dengan terus mempertingkatkan ilmu dan kefahaman agama, melazimi akhlak yang mulia dalam pergaulan, berkawan dengan kelompok orang-orang yang baik, mengembalikan hak-hak orang kita zalimi di samping terus bertaubat kepada Allah SWT.
Semoga kehadiran tahun baru hijrah 1433 ini akan benar-benar menganugerahkan kita sebuah keazaman dan kekuatan untuk membangunkan jiwa tauhid dan kehambaan kepada Allah ‘Azza wa Jalla hasil dari muhasabah yang dilakukan.
Marilah kita renungkan intipati kandungan perkara di atas untuk dijadikan pedoman, antaranya ialah;
  1. Hijrah yang memberi maksud berpindah ke suatu daerah atau keadaan yang lebih baik sewajarnya menjadi suatu iktibar agung yang perlu dihayati oleh seluruh umat Islam.
  2. Muhasabah di ambang Tahun Baru Hijrah akan menjadikan kita insan yang sedar dan peka kepada tuntutan supaya menjauhkan diri daripada kemungkaran dan kemurkaan Allah SWT kepada berubah menjadi insan yang taat dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.
  3. Kita perlu yakin bahawa kita pasti akan dibantu dan dipandu dalam melakukan usaha-usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“(Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang yang hanya memberi minum orang yang mengerjakan haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredhaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal”.
(Surah At-Taubah : 20-21)

Thursday, December 15, 2011

BR1M



Syarat-syarat yang perlu di patuhi oleh pemohon-pemohon BR1M adalah seperti :






Monday, December 12, 2011

Pengumuman Penting buat semua Warga Penduduk Kaw (3)

PENGUMUMAN!

1.      SETIAP BORANG YANG DI HANTAR MESTILAH DI ISI DENGAN LENGKAP/SEMPURNA TERLEBIH DAHULU.

          -    HARUS BERTANDATANGAN.
          -    BAGI ‘BORANG AKUAN BUJANG’ WAJIB ISI NAMA  
                WALI @ PENGESAHAN DARI AHLI KELUARGA TERDEKAT,  
                PENGANTIN LELAKI@PEREMPUAN.
-         BORANG YANG TIDAK DI ISI DENGAN LENGKAP AKAN  DIKEMBALIKAN DENGAN SERTA MERTA.

2.      SETIAP BORANG DAN SIJIL YANG DIHANTAR BOLEH DITINGGALKAN SEKIRANYA KETUA KAMPUNG TIADA DI RUMAH. DENGAN SYARAT SEMUA YANG WAJIB DI ISI TELAH DI LENGKAPKAN.

3.      BAGI SIJIL ATAU BORANG SEKOLAH YANG TELAH DI TANDATANGANI OLEH KETUA KAMPUNG HARUS DI AMBIL SECEPAT YANG MUNGKIN. KERANA SEKIRANYA BERLAKU KEHILANGAN PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB.

4.      SETIAP SURAT PERJANJIAN, SURAT PAJAK KEBUN DAN SURAT YANG KAMI CETAK AKAN DIKENAKAN BAYARAN SEBANYAK RM10.00 BAGI SETIAP SEHELAI KERTAS YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK KAMI. (RM10.00 ADALAH KOS UNTUK INK/DAKWAT KOMPUTER DAN KERTAS)
          BERKUATKUASA MULAI JANUARI 2012.


                 
    ~Admin Kaw3~                                                         
                   

Sunday, November 6, 2011

SaLaM AiDilAdHa ^^




“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 Nov 2011/ 10 Zulhijjah 1432H,”Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad . – petikan dari Radio Televisyen Malaysia .
Sejarah Hari Raya Aidiladha  merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Bulan ini juga adalah bulan umat Islam mengerjakan Haji serta mengadakan ibadah korban. Seluruh umat Islam mendapat kebajikan daripadanya, baik mereka yang menunaikan Haji dan mereka yang tidak menunaikan haji tetapi melakukan ibadah korban serta kaum fakir miskin yang memperoleh rezeki korban.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

 
“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai syukur tanda Pengurniaan-Nya kepada mereka; (iaitu) binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.






Sunday, October 30, 2011

MESYUARAT MUKIM AYER BALOI

Pada 30 Oktober, Kaw (3) telah di pilih untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Mukim Ayer Baloi 2011. Mesyuarat tersebut telah diadakan di rumah En. Mahadi bin Mahadan ( Ketua Kampung Kaw.3).
   Mesyuarat tersebut telah di hadiri oleh semua Ketua Kampung Mukim Ayer Baloi dan antara
perkara yang dibincangkan adalah:
  1.  Masalah-masalah kampung
  2. Cadangan infrastruktur pembangunan 
  3. Isu-isu keselamatan dalam kampung

Friday, September 30, 2011

MARHABAN ^^


MARHABAN MENGERATKAN SILATURRAHIM
Selain bertakbir, bertahmid dan berselawat serta berpuasa enam, terdapat satu lagi amalan yang begitu dituntut semasa menyambut hari raya iaitu amalan ziarah-menziarahi sesama ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan kaum muslimin.
Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah.

Firman Allah s.w.t:
 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”  (Surah Al Hujuraat ayat 10.)