MARHABAN MENGERATKAN SILATURRAHIM
Selain bertakbir, bertahmid dan berselawat serta berpuasa enam, terdapat satu lagi amalan yang begitu dituntut semasa menyambut hari raya iaitu amalan ziarah-menziarahi sesama ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan kaum muslimin.Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah.
Firman Allah s.w.t: