Tuesday, May 29, 2012

Istiqamah di Bulan Rejab



Bila dah masuk Bulan Rejab maka masa akan berlalu begitu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Oleh itu, ayuh kita istqamah beramal sepanjang Bulan Rejab ini dengan beristighfar, bertaubat dan berdoa kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala dengan harapan agar Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan dan mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. InsyaAllah.


Rasulullah  SAW juga bersabda

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ
“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Sesiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh redha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”


Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Bepuasa
  • Bersolat
~Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu cth solat sunat taubat, solat hajat, solat tahajjud
~Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha: dan solat sunat Taasbih.
  • Bertaubat
  • Berzikir ~ Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar :





  • Berselawat :


  • Beristighfar Pagi dan Petang :-


  • Membaca Al-Quran